Shah Alam, 15 Jun 2026 – Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Encik Shahrol Nizam bin Johol, Timbalan Ketua Pustakawan (S12), yang telah ditempatkan ke Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam berkuat kuasa pada 15 Jun 2026 bersamaan 29 Zulhijjah 1447H.
Pelantikan dan penempatan beliau diharap dapat memperkukuhkan lagi fungsi serta peranan BSRU dalam menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan rujukan akademik warga universiti.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau diyakini mampu menyumbang kepada usaha memperkasakan perkhidmatan perpustakaan serta memperkukuhkan agenda transformasi digital dan kecemerlangan organisasi.
Ketua Pustakawan serta seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Encik Shahrol Nizam bin Johol. Semoga beliau terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan serta memperoleh kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.
"Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa"

Catat Ulasan