2 Julai 2026 | 16 Muharram 1448H
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM hari ini menerima kunjungan pelawat daripada Jabatan Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi Lawatan Korporat dan Penandaarasan ke PTAR, UiTM Shah Alam.
Lawatan ini menjadi ruang perkongsian ilmu, pertukaran idea dan amalan terbaik antara Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan UMS, khususnya dalam aspek pengurusan perpustakaan, inovasi perkhidmatan, tadbir urus serta pembangunan perkhidmatan yang menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti.
Sesi perkongsian turut melibatkan pengurusan dan amalan terbaik Bahagian Arkib Universiti, yang memberi tumpuan kepada peranan arkib dalam memelihara memori institusi, pengurusan rekod rasmi universiti, warisan ilmu serta dokumentasi sejarah universiti untuk rujukan generasi akan datang.
Delegasi UMS juga berpeluang mengikuti sesi soal jawab bersama pihak PTAR sebelum meneruskan lawatan ke beberapa ruang utama, termasuk sekitar Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Galeri Tuanku Abdul Razak (GTAR).
Semoga lawatan ini dapat memperkukuh hubungan profesional antara Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan UMS, sekali gus membuka ruang kolaborasi, perkongsian kepakaran dan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan yang lebih dinamik, relevan dan berimpak tinggi.
“Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa”
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1dfFp5inPM/

Catat Ulasan