SHAH ALAM, 9 Oktober 2026 – Pengisian hari kedua Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026 diteruskan dengan program Talaqqi Mega bertajuk “Asas Pembinaan Masyarakat Sejahtera: Pengajaran daripada Hadis Nabawi” yang berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Program anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor ini menampilkan Sahibus Samahah YBhg. Dato' Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, Timbalan Mufti Selangor, sebagai penceramah jemputan.

Pengisian ini mengetengahkan kepentingan memahami dan menghayati ajaran Rasulullah SAW sebagai panduan membentuk keperibadian mulia, memperkukuh nilai kemanusiaan serta membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Melalui pendekatan talaqqi, perkongsian ilmu agama menjadi sebahagian daripada usaha memperluas pembelajaran sepanjang hayat dan menghubungkan institusi ilmu dengan keperluan pembangunan rohani masyarakat.

Penganjuran Talaqqi Mega turut mencerminkan komitmen Perpustakaan UiTM dalam memperkasakan literasi kerohanian serta menyediakan ruang perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada warga universiti dan komuniti.

“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CBKmHQ2UE/
Siaran ulangan: 
https://youtube.com/live/Z74UhzTBqk8

Post a Comment

Terbaru Lebih lama