SHAH ALAM, 9 Oktober 2026 – Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026 melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutupan dan Pelancaran Repositori Keusahawanan UiTM yang berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Majlis penutupan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Penganjuran Pesta Buku UiTM 2026 oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sepanjang 8 hingga 9 Oktober 2026 mengetengahkan pelbagai pengisian ilmiah, kerohanian, keusahawanan serta pameran dan jualan buku dalam usaha menyemarakkan budaya membaca dan perkongsian ilmu bersama komuniti.

Antara pengisian penting majlis ialah Pelancaran Repositori Keusahawanan UiTM, sebuah inisiatif yang mengetengahkan kepentingan pengumpulan, pemeliharaan dan perkongsian sumber pengetahuan berkaitan keusahawanan universiti.

Inisiatif ini memperlihatkan potensi perpustakaan dalam memperkukuh ekosistem ilmu digital serta menyokong pembangunan keusahawanan melalui akses kepada khazanah intelektual universiti.

Pesta Buku UiTM 2026 bukan sekadar menghimpunkan bahan bacaan dan aktiviti ilmiah, malah menjadi platform yang menghubungkan warga akademik, penerbit, agensi serta masyarakat dalam memperluas jaringan ilmu dan kerjasama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengurusan universiti, rakan strategik, penaja, pempamer, penceramah, jawatankuasa pelaksana serta seluruh pengunjung yang bersama-sama menjayakan penganjuran ini.

Semoga semangat pembudayaan ilmu terus subur dan menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat berpengetahuan serta generasi masa hadapan.

“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”

Baca lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/19h7UPi565/
siaran ulangan: 
https://youtube.com/live/pg_wXgwfRs4

Post a Comment

Terbaru Lebih lama