Pada 3 dan 4 Oktober 2022 (Isnin dan Selasa), PTAR telah mengadakan Bengkel Speed Reading for Speedy Literature Review yang melibatkan seramai 20 orang staf perpustakaan yang terdiri daripada Pembantu Pustakawan dan Pustakawan dari seluruh Perpustakaan UiTM. Turut hadir dalam bengkel ini adalah Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Puan Hani Liza binti Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.


Bengkel dua hari ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Wahiza binti Abdul Wahat daripada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.






Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas. Pembangunan kompetensi bacaan pantas kepada kumpulan Pembantu Pustakawan dan Pustakawan ini akan digunakan dalam usaha membantu menyampaikan kemahiran bacaan pantas kepada warga UiTM yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, pentadbir dan penyelidik.

Semoga melalui penganjuran dan latihan di dalam bengkel ini dapat membantu PTAR mengukuhkan lagi kemahiran dan seterusnya menjayakan program Speed Reading yang akan dianjurkan kepada warga UiTM.

#uitm
#uitmdihatiku
#libraryforall
#SpeedReading

Post a Comment

Terbaru Lebih lama