Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Azura binti Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan di atas pengiktirafan Certified Human Resource Manager (CHRM) anjuran Pusat Pembangunan Kompetensi (PPK), Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM dengan kerjasama Malaysia Institute of Human Resource Management (MIHRM) bagi tahun 2022.


Program ini telah dijalankan bermula bulan Februari 2022 dan berakhir pada Mei 2022 yang merangkumi 6 Modul yang ditawarkan. Alhamdulillah, Puan Azura berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.
Tahniah sekali lagi di atas usaha puan dan berharap selepas dari program ini, puan dapat memberikan sumbangan dan bersama-sama menerajui PTAR dengan lebih cemerlang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama