2 Oktober 2022 (Ahad) - Julungkalinya Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima lawatan daripada alumni pelajar Diploma Business Studies dan Diploma in Banking dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan tahun 1979-1982 seramai 30 orang.

Lawatan yang bermula jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang ini turut dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan dan Puan Siti Salwa binti A.Rahman, Pustakawan Kanan. Manakala dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan adalah Dr. Mohd Zamri bin Abu Bakar, Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Fakulti Pengurusan Perniagaan.




Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengimbau kembali nostalgia alumni semasa bergelar pelajar ITM dan PTAR merupakan tempat utama yang dikunjungi bagi mengulangkaji pelajaran. PTAR juga merupakan bangunan asal yang masih kekal peranannya dan menjadi tempat keutamaan untuk dilawati. Setelah 40 tahun meninggalkan ITM, mereka kembali dengan melihat pelbagai perubahan yang berlaku seiring dengan perkembangan teknologi kini.




Dalam lawatan ini, alumni telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan di setiap aras dan ruang di dalam perpustakaan. Alumni sendiri memberitahu bahawa banyak perubahan yang telah berlaku di perpustakaan. Antara tempat yang menjadi tarikan adalah di Happy Learning Space dan Smart Classroom serta kemudahan dan perkhidmatan lain yang ditawarkan. PTAR juga telah mempromosikan keahlian luar perpustakaan kepada alumni.



Pengurusan PTAR amat berbesar hati menerima lawatan seperti ini. Diharap agar lebih banyak lawatan seperti ini diadakan bagi mendekatkan lagi perpustakaan dengan alumni UiTM.

#keluargaUiTM
#uitm
#uitmdihatiku
#libraryforall

Post a Comment

Terbaru Lebih lama