Pada 7 Disember 2022 (Rabu), Jabatan Arkib Universiti telah menerima lawatan tanda aras dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Galeri Tun Abdul Razak (GTAR).


Lawatan ini telah dihadiri seramai 7 orang wakil dari USIM yang diketuai oleh Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah binti Momin. Lawatan ini telah disambut mesra oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan Encik Ahmad Amiri bin Mohamad Ketua (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Ketua Jabatan Arkib Universiti). Turut hadir bersama ialah Encik Norhazlan bin Nordin (Ketua Bahagian Pengurusan Arkib), Puan Azniza binti Mohamad Nor (Ketua Bahagian Pengurusan Rekod) serta Ketua Unit Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Puan Roszainatul Haizan binti Rusili.


Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat berkaitan perancangan pengoperasian dan pengurusan galeri dalam rangka penubuhan Galeri USIM.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan dari wakil pengurusan PTAR dan dikuti dengan wakil USIM. Para pelawat juga telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai GTAR serta dibawa melihat persekitaran GTAR.

Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian pihak USIM mengadakan lawatan tanda aras ini. Diharap apa yang telah dikongsikan mencapai objektif dan keperluan yang diperlukan. Semoga penubuhan Galeri USIM berjaya dilaksanakan serta dapat mewujudkan kolaborasi dan kerjasama diantara GTAR dan USIM ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan di tempat masing-masing.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama