Unit Dasar dan Perancangan Strategik, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) Siri 2 pada 9 hingga 11 Julai 2025, sebagai kesinambungan kepada Siri 1 yang diadakan pada 4 Jun 2025. Bengkel ini turut merangkumi sesi pembentangan kepada Ketua Pustakawan serta panel penilai AKNC PTAR. Bengkel yang telah disertai oleh barisan penulis dan penilai AKNC PTAR bersama pihak pengurusan ini bertujuan memperkemas dan menambah baik kerangka penulisan AKNC berdasarkan bidang tumpuan yang telah dipilih bagi tahun 2025.
BENGKEL PENULISAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) PTAR 2025 SIRI 2
Perpustakaan UiTM
0
Ulasan
Catat Ulasan