Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Wan Izzatul Fahr ah binti Wan IshakPegawai Teknologi Maklumat Kananatas kejayaan memperoleh Pingat Emas bagi Anugerah Pentadbir Gemilang (Kategori Inovasi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat & Komunikasi) sempena Anugerah Pentadbir UiTM 2024.

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen dan kecekapan beliau dalam memperkasa transformasi digital serta inovasi teknologi di UiTM.

Ia turut membuktikan kemampuan warga perpustakaan dalam mendepani cabaran era Revolusi Industri 4.0 melalui solusi pintar dan berimpak tinggi.

Sekalung tahniah diucapkan atas pencapaian cemerlang ini. Semoga terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM! 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama