Pada 10 Mac 2026, program PhD Clinic: From Struggle to Success telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian menerusi Google Meet dengan penyertaan seramai 153 orang peserta.
Program anjuran bersama Unit Literasi Maklumat, Jabatan Perpustakaan dan Unit Kemajuan Kerjaya, Jabatan Pendaftar telah menampilkan perkongsian penuh inspirasi daripada barisan penceramah berpengalaman iaitu Profesor Ir. Dr. Ahmad Sabirin Zoolfakar, En. Mohd Hazrul Hussin dan Pn. Zuhaslinda Sulaiman.
Terima kasih kepada semua penceramah, urus setia dan peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga bengkel ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah dari cabaran menuju kejayaan!

Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/173DdzD5j8/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama