SHAH ALAM, 10 Mac 2026 – Bahagian Perpustakaan Digital dengan kerjasama Bahagian Sumber Rujukan Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Niche Collection Perpustakaan UiTM pada 10 Mac 2026 (Selasa) secara dalam talian dengan penyertaan seramai 50 orang staf Perpustakaan UiTM yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana.
Taklimat ini dianjurkan bagi memberi panduan serta meningkatkan kefahaman pegawai mengenai pengurusan Niche Collection, khususnya berkaitan pembangunan bahan kandungan, tatacara deposit bahan dalam repositori serta penetapan metadata mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Taklimat dimulakan dengan Sesi Pertama: Garis Panduan Pembangunan Bahan Kandungan yang disampaikan oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Unit Sumbangan Sumber Rujukan. Seterusnya, Sesi Kedua: Penetapan Metadata Bahan Niche Collection telah disampaikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan dari Unit Pengurusan Repositori Institusi.
Melalui taklimat ini, para peserta didedahkan dengan prosedur pengurusan koleksi Niche Collection, kaedah penyediaan metadata yang tepat serta kepentingan pematuhan kepada garis panduan dalam memastikan kualiti maklumat repositori mencapai standard yang ditetapkan. Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan dan berkongsi pandangan melalui sesi soal jawab yang diadakan pada penghujung program.
Penganjuran taklimat ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman pegawai perpustakaan dalam menguruskan Niche Collection secara lebih sistematik dan efisien, seterusnya menyokong usaha memperkasakan penyimpanan serta penyebaran bahan terbitan tempatan melalui repositori institusi.
Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1JgF7pwFFZ/

Catat Ulasan